Ahad, 27 Januari 2013

my interest



                   

       saya  mengkagumi karya-karya sasterawan negara a samad said...                       
 
Hidup bersama- A Samad  Said
Oktober 24, 2007
Kita sudah sampai di lereng amat indah, di bawah
pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi.
Kita wajar mendaki lagi kerana puncak
yang jauh. Dalam gelora dan taufan
tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan
mengasuh kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh, tulus menambah kawan,
inti tunggak dan menara kebahagian.

 
Sedikit biodata tentang  A Samad Said, beliau turut dikenali sebagai Pak Samad. A. SAMAD SAID dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Dia menerima pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946), Victoria Institution sehingga memperolehi Sijil Senior Cambridge (1956). Pencapaian dan sumbangan Samad Said dalam memperkaya dan meninggikan nilai kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan pemerintah apabila pada 29 Mei 1976 bersama beberapa pengarang lain beliau telah diiktiraf sebagai Pejuang Sastera.




                                                                                                                                                                  
 
dalam bidang sukan pula saya meminati bola sepak... antara pasukan pilihan saya ialah germany 
Jerman merupakan salah satu daripada tiga pasukan paling berjaya dalam kejohanan antarabangsa dengan menjuarai Piala Dunia sebanyak tiga kali dan mempunyai tiga gelaran juara eropah. Mereka juga merupakan antara pasukan yang paling konsisten kerana bukan sahaja mempunyai gelaran juara dunia dan juara Eropah, malah menjadi naib juara sebanyak tiga kali pada kejohanan Piala Eropah dan empat kali di Piala Dunia termasuk tiga kali mendapat tempat ketiga di Piala Dunia. Jerman Timur memenangi pingat emas Olimpik pada 1976. Jerman merupakan satu-satunya negara yang pernah memenangi Piala Dunia bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan
    

my expectation about my programme


 saya mengambil jurusan akauntasi kerana saya pernah mengambil subjek akaun dalam spm dan mendapat keputusan yang agak memberangsangkan... saya juga meminati subjek akaun...saya mengambil jurusan akauntasi juga adalah kerana bidang pekerjaannya agak luas dan permintaan tinggi pasaran terhadap kerjaya perakaunan...antara bidang-bidang kerjaya perakaunan ialah audit, analisis bajet, kewangan, pengurusan perakaunan dan cukai...antara jenis kerjaya perakaunan pula ialah bekerja di firma perakaunan, kerajaan, sektor korporat dan bebas iaitu menjana pendapatan melalui perniagaan sendiri....antara maklumat tentang perakaunan ialah...
                                                                                                                        

Bidang Perakaunan dipercayai profession kedua tertua di dunia. Semua organisasi daripada perniagaan keluarga yang kecil hingga Syarikat Multinational memerlukan Akauntan bertauliah untuk menyediakan Akaun Syarikat. Akauntan dan Juruaudit merancang dan memberikan perkhidmatan perakaunan, memberi nasihat mengenai hal ehwal perakaunan serta merancang dan melaksanakan audit kewangan ke atas akaun Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pertubuhan Perniagaan dan Perindustrian.