saya mengkagumi karya-karya sasterawan negara a samad said...
Hidup bersama-
A Samad Said
Oktober 24, 2007
Kita sudah sampai di lereng amat indah, di bawah
pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi.
pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi.
Kita wajar mendaki lagi kerana puncak
yang jauh. Dalam gelora dan taufan
tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan
mengasuh kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh, tulus menambah kawan,
inti tunggak dan menara kebahagian.
yang jauh. Dalam gelora dan taufan
tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan
mengasuh kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh, tulus menambah kawan,
inti tunggak dan menara kebahagian.

dalam bidang sukan pula saya meminati bola sepak... antara pasukan pilihan saya ialah germany
Jerman merupakan salah satu daripada tiga pasukan paling berjaya dalam kejohanan antarabangsa dengan menjuarai Piala Dunia sebanyak tiga kali dan mempunyai tiga gelaran juara eropah. Mereka juga merupakan antara pasukan yang paling konsisten kerana bukan sahaja mempunyai gelaran juara dunia dan juara Eropah, malah menjadi naib juara sebanyak tiga kali pada kejohanan Piala Eropah dan empat kali di Piala Dunia termasuk tiga kali mendapat tempat ketiga di Piala Dunia. Jerman Timur memenangi pingat emas Olimpik pada 1976. Jerman merupakan satu-satunya negara yang pernah memenangi Piala Dunia bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan